15 Mac 2009

kami duta matrikulasi


Bagai bergetar jari-jemari dedaunan,
Bayu mengusapi kudup-kudup bunga-bunga,
Asalamualaikum dan
Salam Apresiasi,
Salam dihulur pinta disambut,
Bersama bait-bait puisi nan indah,
Terimalah,
Kamilah duta matrikulasi.

Jalan-jalan ini,
Penuh rintangan, penuh duri,
Jalan-jalan ini,
Penuh halangan, penuh likuan,

Yang melalui jalan-jalan ini,
Ramai yang tersungkur, ramai yang terjatuh,
Yang melalui jalan-jalan ini,
Ramai yang terkandas, ramai yang kecewa,

Tetapi,
Hadirnya kami,
Ingin membuang duri-duri di pinggir jalan,
Berhajat melurus likuan jalan,
Ingin membangunkan mereka-mereka yang terjatuh,
Berhajat menghilangkan yang kecewa,


Kami hanya insan biasa,
Kami juga hamba ciptaanNya,
Kami juga seperti pelajar biasa,
Tetapi kami ada bezanya,

Kami adalah mereka yang terpilih,
Bukan kerana tuah,
Bukan jua kerana harta,
Bukan pula kerana rupa,
Tetapi kerana kami ingin

Ingin membuang duri-duri di pinggir jalan,
Berhajat melurus likuan jalan,
Ingin membangunkan yang terjatuh,
Berhajat menghilangkan yang kecewa,
Kerana
Kamilah duta Matrikulasi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan