sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara,
saya ucapkan selamat datang,
awal Bismillah pembuka bicara.
Bismillahirahmanirahim
Khamis, 19 Februari 2009
KMPh digemparkan dengan isu blog yang secara tuntasnya menjejaskan nama baik KMPh dan pihak yang terlibat. Isu panas ini bukan sahaja menjatuhkan nama baik kolej malah menjejaskan banyak program yang berbentuk ilmiah di kolej ini. Kepada heromacho64 saya berasa terpanggil untuk membidas pekara yang sepatutnya menjadi asas kepada timbulnya isu ini.
Pertama, kolej ini diberi nama yang cukup indah Kolej Matrikulasi Pahang, fakta pertama yang perlu diperbetul. Kedua, insan yang memegang jawatan tertinggi kolej bergelar Pengarah bukan pengetua. Ketiga, isu yang dibangkitkan adalah hendonisme, hindunisme atau hedonisme?
Ibarat mengata dulang paku serpih.. begitu jualah insan yang bergelar heromacho64.
Begitu tinggi nilai estetika pada bait-bait kisah fitnah pada blog tersebut. Habis bercakap isu ponggal, bertebaran pula isu tari menari. Pelik dan ajaib. Ibarat ahli sihir yang boleh meramal masa depan. Selaku penulis pada ruangan ini, saya JPP atau nama panjangnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ingin memberitahu secara telus KMPh tidak pernah merancang apa-apa program yang memerlukan pelajar memakai " high heel " shoes.
Sebaran berita dan fitnah itu ibarat sengaja mahu menjatuhkan seseorang dan mempunyai kepentingan peribadi. Kalau benar penulis blog tersebut menyatakan sesuatu yang sahih kenapa tidak menggunakan jalan yang betul?
Kami sebagai warga KMPh sedih dan terkejut kerana isu ini dibangkitkan dalam blog sebagai luahan peribadi sedangkan isu ini membabitkan ramai pihak. Kami sebagai JPP bukan seperti katak dalam balang kaca. Kami mahukan kedamaian jadi saya perlu menyebarkan kebenaran.
Saya tidak mahu mengulas lanjut isu Ponggal yang telah pun ditukar ganti atas budi bicara pihak kolej kepada Malam Kebudayaan India. Saya juga ingin menegaskan saya tidak berpaksikan mana-mana pihak kerana setiap perkara yang menjadi isu perlu diteliti dan dikaji lantaran pokok tidak bergoyang kalau tidak angin sepoi-sepoi bahasa.
Mengulas lanjut tentang iblis laknatullah..fikir kembali wahai manusia dengan kata-kata caci cerca yang menjadi ikon kepada protagonis. Ingin saya ingatkan dan buat renungan bersama..
jika mahu mencaci cerca jangan jadi lahir di alam fana..jika rasa membabi buta, sila-sila ampun dipinta..jika rasa tanggungjawab jangan buat perkara laknat..jika ilmu tak tinggi mana, lautan dalam jangan diduga..
Hmmm..kawan-kawan marilah kita muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan hanya untuk kepentingan peribadi.. kesalahan demi kesalahan kita coretkan..Untuk kemashlahatan bersama marilah kita membuka mata, minda dan hati..jangan jadi mereka yang berani tetapi hanya mendomba dambi..berani di belakang takut di medan perang..
Kembali kita bersidang..luahkan rasa hati tetapi hati-hati ikut rasa binasa..ikut hati mati..
Apa yang ingin saya lakukan adalah mahu melihat kesejahteraan bersama..yang salah tegur-tegurkan..tetapi biarlah kena pada tempat..biarlah berhemah..tahu dosa pahala..insyaAllah usaha kita diberkati..
Doakan yang terbaik demi kesejahteraan kita bersama sebagai warganya..
Jadilah warga yang berminda kelas pertama kerana sesungguhnya orang yang berilmu tidak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah orang lain..Saya percaya niat baik anda jika kena pada tempatnya pasti dicontohi dan diteladani dan saya memuji sikap anda kerana berusaha keras melontarkan pandangan keras terhadap KMPh dan seisinya cuma selepas ini biarlah bertempat dan bertamadun..dan paling penting biar sahih agar tidak malu diri sendiri..takut-takut hilang kemachoan itu..
Yang lemah dan tidak wajar itu datang daripada Allah melalui sandaran kepada saya dan yang Maha Sempurna datangnya dari Allah..
Wasalam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan