25 Februari 2009

mutiara kata

Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satu pun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.

Seorang sufi bermadah,"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri. Oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu? ".
Nabi s.a.w. bersabda,"Seutama perjuangan seseorang adalah terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Kata pemikir Islam,"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya dan sebab itu tidak di terimanya".
Ulamak mursyid berkata,"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".

Istimewa jiwa pengasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda,"Jagalah dirimu daripada api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".

Seorang hamba Allah berkata,"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya daripada syahwat.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu ringan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".

Kalau hati itu bersih. Seorang ulamak berkata,"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Wanita syurga bercahaya.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga.Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".

Seorang soleh berkata,"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".

Balaslah jasa orang.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tegas demi kebenaran.Nabi s.a.w. bersabda,"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".

Istimewa sembahyang malam.Nabi s.a.w. bersabda,"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak?Seorang soleh mengingatkan,"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

Manisnya iman. Seorang ulamak berkata,"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".
Amalan Islam terbaik.Seorang lelaki bertanya,"Manakah amalan Islam yang terbaik??" Nabi s.a.w. menjawab,"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Kejelitaan akan pudar.Seorang ulamak berkata,"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku.Rasulullah bersabda,"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan.Seorang bijak pandai Islam berkata,"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".

Jangan cakap banyak.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir Islam,"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".

Belajar dengan buku.Seorang ulama berkata,"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".

Fikiran bak mutiara. Seorang ulama berkata,"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.Nabi s.a.w. bersabda,"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih.Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
Sahabat renung-renungkan bersama..
Moga mendapat barokah..
Segala tercipta hanya untukmu..

23 Februari 2009

" kutuk KMPh? "

sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara,
saya ucapkan selamat datang,
awal Bismillah pembuka bicara.
Bismillahirahmanirahim
Khamis, 19 Februari 2009
KMPh digemparkan dengan isu blog yang secara tuntasnya menjejaskan nama baik KMPh dan pihak yang terlibat. Isu panas ini bukan sahaja menjatuhkan nama baik kolej malah menjejaskan banyak program yang berbentuk ilmiah di kolej ini. Kepada heromacho64 saya berasa terpanggil untuk membidas pekara yang sepatutnya menjadi asas kepada timbulnya isu ini.
Pertama, kolej ini diberi nama yang cukup indah Kolej Matrikulasi Pahang, fakta pertama yang perlu diperbetul. Kedua, insan yang memegang jawatan tertinggi kolej bergelar Pengarah bukan pengetua. Ketiga, isu yang dibangkitkan adalah hendonisme, hindunisme atau hedonisme?
Ibarat mengata dulang paku serpih.. begitu jualah insan yang bergelar heromacho64.
Begitu tinggi nilai estetika pada bait-bait kisah fitnah pada blog tersebut. Habis bercakap isu ponggal, bertebaran pula isu tari menari. Pelik dan ajaib. Ibarat ahli sihir yang boleh meramal masa depan. Selaku penulis pada ruangan ini, saya JPP atau nama panjangnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ingin memberitahu secara telus KMPh tidak pernah merancang apa-apa program yang memerlukan pelajar memakai " high heel " shoes.
Sebaran berita dan fitnah itu ibarat sengaja mahu menjatuhkan seseorang dan mempunyai kepentingan peribadi. Kalau benar penulis blog tersebut menyatakan sesuatu yang sahih kenapa tidak menggunakan jalan yang betul?
Kami sebagai warga KMPh sedih dan terkejut kerana isu ini dibangkitkan dalam blog sebagai luahan peribadi sedangkan isu ini membabitkan ramai pihak. Kami sebagai JPP bukan seperti katak dalam balang kaca. Kami mahukan kedamaian jadi saya perlu menyebarkan kebenaran.
Saya tidak mahu mengulas lanjut isu Ponggal yang telah pun ditukar ganti atas budi bicara pihak kolej kepada Malam Kebudayaan India. Saya juga ingin menegaskan saya tidak berpaksikan mana-mana pihak kerana setiap perkara yang menjadi isu perlu diteliti dan dikaji lantaran pokok tidak bergoyang kalau tidak angin sepoi-sepoi bahasa.
Mengulas lanjut tentang iblis laknatullah..fikir kembali wahai manusia dengan kata-kata caci cerca yang menjadi ikon kepada protagonis. Ingin saya ingatkan dan buat renungan bersama..
jika mahu mencaci cerca jangan jadi lahir di alam fana..jika rasa membabi buta, sila-sila ampun dipinta..jika rasa tanggungjawab jangan buat perkara laknat..jika ilmu tak tinggi mana, lautan dalam jangan diduga..
Hmmm..kawan-kawan marilah kita muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan hanya untuk kepentingan peribadi.. kesalahan demi kesalahan kita coretkan..Untuk kemashlahatan bersama marilah kita membuka mata, minda dan hati..jangan jadi mereka yang berani tetapi hanya mendomba dambi..berani di belakang takut di medan perang..
Kembali kita bersidang..luahkan rasa hati tetapi hati-hati ikut rasa binasa..ikut hati mati..
Apa yang ingin saya lakukan adalah mahu melihat kesejahteraan bersama..yang salah tegur-tegurkan..tetapi biarlah kena pada tempat..biarlah berhemah..tahu dosa pahala..insyaAllah usaha kita diberkati..
Doakan yang terbaik demi kesejahteraan kita bersama sebagai warganya..
Jadilah warga yang berminda kelas pertama kerana sesungguhnya orang yang berilmu tidak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah orang lain..Saya percaya niat baik anda jika kena pada tempatnya pasti dicontohi dan diteladani dan saya memuji sikap anda kerana berusaha keras melontarkan pandangan keras terhadap KMPh dan seisinya cuma selepas ini biarlah bertempat dan bertamadun..dan paling penting biar sahih agar tidak malu diri sendiri..takut-takut hilang kemachoan itu..
Yang lemah dan tidak wajar itu datang daripada Allah melalui sandaran kepada saya dan yang Maha Sempurna datangnya dari Allah..
Wasalam...

21 Februari 2009

smile

I smile at a sorrowful stranger
the smile seemed to make him feel better

He remembered past kindness of a friend
and wrote him a thank you letter

The friend was so pleased with the thank you
that he left a large tip after lunch

The waitress, suprised by the size of the tip
gave part to a man on the street

The man on the street was so grateful
for two days he'd nothing to eat

After he finished his dinner
he left for his small dingy room

He didn't know at this moment
that he might be facing his doom

On the way he picked up a shivering kitten
and took him home to get warm

The kitten was so grateful
to be out of the storm

That night the house caught on fire
the kitten meow the alarm

He meow till he woke the whole household
and saved everybody from harm

One of the boys that he rescued
grew up to be President

All this because of a simple smile
That hadn't cost a cent

..and that si the power of a smile..

cerita semua

bonda pernah berkata

dahulu...

Sungai ini

airnya nin jernih

dalam

mengalir deras

kilauan merah saga

sisik sang kelah

menongkah arus batu keras .

Sementara nasi ditanak

jala dicampak setebar dua

pasti ada rezeki lauk tengah hari.


Ayahanda pernah berseloka

dahulu...

di lereng bukit itu

Busu Aleng berladang huma

timun ladang galak menjalar melingkari batang.

Harum nasi beras baru

padi huma

gulai tempoyak keli kubang

dan timun ladang membuka selera.



Nenek pula tumpang bicara

dahulu...

hutan di baruh itulah jadi

gelanggang

si pemburu

memipit kijang

menepuk pelanduk

mejerat napuh



Datuk singgah memanjangkan cerita

sekarang...

segalanya hilang

Sungai Pelus

hilang serinya

cetek berlodak

tiada lagi deburan sebarau

menyambar seluang di lubuk Batu.

Si nelayan memukat lumpur merelap minyak.

Mitos Lang Bidai dan hantu kepala kerbau

membelah arus di musim banjir

jadi bahan ketawa anak cucu.



cerita mereka

sekarang...

padi huma hilang harumnya

timun telah hilang berahi

" mendakap batang,"

Bukit telah punah

diradak jentera

dihentam dinamit bina kuari.

Si peladang menuai batu

mengemping habuk

"menampi debu."



cerita guruku

sekarang...

tiada lagi kuang kuik

menyeri malam

jerat sudah lupakan pelanduk.

Rimba hilang penghuni

segalanya musnah

buka kilang

buka industri

jadi gelanggang Si pemikat

meracik maksiat

Si pemburu menjerat

" dosa."



cerita kami generasi pertiwi

orang sekarang

juga hilang

hilang neraca

hilang timbang

hilang kasih

hilang sayang

lemas dan tenggelam dalam lautan

nafsu dan

"kerakusan."



cerita aku

itu kisah dahulu dan

cerita sekarang

buat renungan

" jadi teladan "

buat sempadan.

04 Februari 2009

stone soup

Sometime ago they were three soldiers. they were on their way home from the war and they were very hungry and very tired. " I wish we had something good to eat " said the first soldier. " I wish we had a bad to sleep in. " said the second. " I wish those things were possible " said the third " but we can't. " We must march on until we reached home. So on they marched.

Suddenly they came to a village. The villagers so them coming. The villagers knew that the soldiers are always hungry. The villagers didn't have much food. They worried if they offered the food to the soldier then they themselves wouldn't eat that night, so they decided to hide all their food.

The first soldier went to the first house. " Could you give us something to eat and a place to sleep? " We would be glad to give you if we had some. Bu we don't and we would gladly to give you space to sleep, if we didn' need all of it ourselves. But all our beds are full.
And so it went with all the villagers. Everyone had a good excuse.
" We gave all our food to the soldier who came before you."
" Our father's sick, we would share it with you if he wasn't sick. "
" The harvest was bad, we need the grain for the cattle feed. If we didn't need the grain, we would share it with you."
The soldiers thought, and then they said, " We wish you could offer us omething to eat, but since you can't - we'll have to make stone soup."
" Stone soup? " The villagers had neve heard of it before.
" First we'll need a large pot," said the soldiers.
That was no problem. The villagers brought the largest pot they could find.
" Now we need water to fill it and a fire to cook with."
The villagers brought buckets of water and built a fire in the village square.
" We need three round smooth stones."
That, too, was no problem at all. The villagers brought them, and the soldiers dropped them one by one into the pot.
The soldier stirred the pot and added some salt and pepper ( all good soups have salt and pepper ).
" Stones like these usually make a very fine soup, but if we had some carrots, it would taste a lot better, " they said.
" I think I can find a carrot! " said one of the villagers. She ran home and got all the carrots she had hidden from the soldiers.
" This soup would taste so much better if we put some cabbage in it, " said the soldiers as they sliced the carrots. " We wish you had some cabbage. It's a shamed that you don't. "
" Let me see if i can find one, " said another villager. She went home and came back with three cabbages that she had hidden from the soldiers.
" If we added a little beef and a few potatoes, this soup would be good enough for a rich man's table. "
No sooner said than done. The villagers ran to get the hidden food.
Just imagine! A rich man's soup - and all from just a few stones!
The soldiers stirred and sighed, " If we stirred in a little barley and a cup of milk, this soup would be fit for the king himself. "
The villagers were really impressed. The soldiers knew the king! They wished they knew the king!
The villagers brought their hidden barley and milk to the soldiers, who stirred the ingredients into the pot.
Finally the soup was ready. Tables were set up and torches were lit. The soup was so delicious. Fit for a king. But the villagers said to themselves, " If a king ate this soup, he would required bread, and a roast and some cider to go with it, wouldn't he?"
Before not to long, everyone sat down to enjoy a great feast of roast, bread, cider and soup. Never before had they tasted such delicious soup. And imagine - it was made just from stones!!